Assalamualaikum..
Hye Readers!
Saya bukan la seorang falsafah. ataupun penceramah. mahupun seorang yang terer ilmu agama. tapi ape yang saya baca, saya tahu saya nak kongsi ngn readers sekalian lah.. okay! ;)
Dah bace tajuk kan.. selalu kita terfikir yang mungkin kita pernah bertemu dengan orang yang salah. contoh nye..
Teman sekerja tak ngam. asik nak gaduh je.
Kawan-kawan sekelas yang tak bersefamahan. nak ikot kepala dye je.
Rakan akrab yang dengki and selalu salah faham.
Mungkin juga kekasih kita yang tak ade keserasian.
Dan family kita yang tak begitu memahami.
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramai manusia yang mengannoying kan. yang selalu buat kita terasa hati. kalau jumpa dya rasa macam nak campak jauh-jauh. bia jauh di mata dan juga di hati. Nyatanya, manusia ni pelbagai ragam. pelbagai kerenah. dan kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa..
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Adalah untuk lita'aruf..
Untuk mengenali, mengetahui dan menghormati seseorang itu. Untuk kita bersyukur bertapa beruntung nya kita dapat mengenali seseorang itu dan dapat mengejar taqwa tanpa membeza-beza kan orang lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya. sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim. walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah.. dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali? di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
dan beringat! Kita takan pernah bertemu dengan orang yang salah!
Allah dah takdir kan setiap saat dan inci dalam hidup kita. dan setiap takdir Allah adalah yang terbaek untuk kita. dan setiap manusia yang kita jumpa itu memberi makna dalam hidup kita walaupun sesetengah perkara itu mengjengkel kan pada diri kita. setiap pernentuan Allah ada hikmah di sebaleknya.
Tapi sebenarnya orang yang salah tu lah yang mengajar kita. mereka sebenarnya yang tunjuk kan kelemahan diri kita. "Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati" yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah. semua yang kita jumpa adalah untuk mengutip hikmah dan dijadi kan sebagai tauladan. percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman. Tapi masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih. kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah? kerana itu lah, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh. namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best. :)
No comments:
Post a Comment