Pages

Saturday, April 30, 2011

Tanggungjawab seorang lelaki dan Istimewanya seorang wanita di sisi Allah SWT.

 Assalammualaikum..

  Hari ni saya nak kongsi ngan kalian mengenai betapa beratnya tanggungjawab seorang lelaki baik belum berkahwin dan yang sudah berkahwin..juga istimewanya seorang wanita itu di sisi Allah SWT. (tgk tajuk pun boleh tahu kan :) )

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan bahawa ank laki kena bertanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.

Beratkan??
 
Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi tanggungjawab lelaki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (ni sekadar pendapat orang )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
contohnya :
- Si isteri perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.


PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??
 
   Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.

  Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya. Bukankan ibu adalah seorg wanita?
Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki, Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka itu untk menyara anak-anak dan isteri.

  Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak, tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..

  Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat sahaja :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

  Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia.

Renung2 kan lah dan amik pengajaran wahai sahabat ku sekalian termasuk diri ku yang hina ini. Semoga Allah permudah kan urusan kita di muka bumi ini.. :)

Home sweet home~

Assalammualaikum..

  Hye, selamat kembali kepada saya. :) lama betul bercuti yerr. hee. jadual cuti padat. haha. 
Actually, saya baru je jejak kembali ke rumah saya yang dah 20 tahun saya duduk sejak saya lahir. tak trmasuk brpindah randah lagi. akhir skali balek ke rumah, sejak raya cina aritu. heee. lame kan. tao tape. rindu kott.. 

  Paling rinduuu.. dekat adik-adik. acewah! akk penyayang. ;D kalau korang jadi adik saya la kan mesti korang 'sayang' giler kt saya. haha. adik-adik saya pun sampai tak terlayan. 
kalau nak tao. saya la yang palinggg garang among siblings. mereka sampai menurut perintah la. heee. n kalau boley dorang tanak saya balek. jahat kan. ;p

  Tapi parents saya suka bila saya ada kat rumah. cause.. i can control over my siblings.. mereka takan berani melawan perintah saya.my parents kan kerja kecian mereka nak melayan kanak-kanak nakal nih.jadi, saya la yang amek alih. hehe. bila saya balek rumah je, cenggini la keadaan nya.. 

" sabb!! mane pencuci muka?? "
"sabbb!! nape bilek berabuk?? kate nak sapu, nape tak sapu2?? "
"sabbb!!! tolong la ibu kemas umah nih. kau duduk dalam umah bujang ke? "
"sabbbb!!! terima kasih tukar kan cadar. rajin adik akak. " ;)

"zatt!! pergi sembahyang! "
"izzatt!! tutup komputer tu. pergi belajar! "
"izzaaatt!! i said, shut down the computer and go study!!! "

haishh, budak-budak ni...geramm nyee~ 

macam ni la selalu nye bila saya ada kat rumah. saya yang akan conquer suara kt rumah. lepas tu masing-masing bengang laa.. tunjuk muka camni. 



bkn camtu je. camni pon ade..


macam ni da taley buat ape2 dah.. keluar asap je la.. hehe

  Tapi ada perkara laen yang buat parents saya suka saya balek. bersih kan umah. wahhh! saya rasa saya la surirumah dalam rumah tu. disebab kan adik-adik saya yang tersangat la pemalas. ngn parents saya yang busy bekerja. rumah dah macam kene ribut taufan. tapi untuh berdiri lagi org ramai masih boley datang beraya. hee. jemput lah ke rumah semi-D dekat sebelah rumah kak limah taman bla.. bla.. bla.. datang yer! :)

  Nak bangga diri jauh sekali, tapi jujur saya kata saya suka berkemas. sampai kan syiling rumah pon saya mop. okay tipu! heee.. :D kalau saya duduk lama kat rumah ni, dari luar da nampak da ber shining rumah ni. ;) tapi kan, rumah ni besar so, barang banyak sangat sampai celah celah sudut pun nak letak benda. tu la masalahnya. nak buang sayang. nak alih tak tau nak letak mana. tunggu la ayah kata nak beli bangalow. HEEE :D ~amin~

  Adik-Adik ku, akak serah tanggungjawab jaga rumah ngn ibu ayah kat korang. kalau tak buat siap korang akak gantung sorang-sorang atas bumbung tanpa minum. okayh kejam! ;D






Monday, April 4, 2011

OMG!

OMGG!! SHAHEZY SAM!
PEMENANG ANUGRAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN
 ;DDDD

I LAP YOU!! NGEE~

sempat lagi kan kau qistina nak exam nak lap2 lak.. 
okeh bye! ;P

Friday, April 1, 2011

Jodoh di perantauan



Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..



Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)

Dalam hati ada cinta

Assalammualaikum..

Bahagia nya bila dalam hati ada cinta
Disayangai, dicintai, dikasihi
bila hati kita resah dia datang membantu
bila hati kita keseorangan dia datang menemani
dia begitu memahami

indahnya bila dalam hati ada cinta
hidup kita sentiasa keriangan 
apa jua kesusahan dapat kita atasi 
seperti kita punya kuasa yang luar biasa

sukanya hati bila dapat mencintai
terasa masa itu kami yang punya
gelak tawa dia, marah dia, nangis dia
seperti dirakam dan dimainkan semula dalam ingatan hati

gembiranya hati bila dapat mencintai
bibir tak henti tersenyum, tawa ta reti berhenti
hati sering berdebar 
walaupun dia tiada di sisi


untung nya bila aku dapat merasa semua ini. :)