Assalamualaikum.
Wujud ke orang time nak exam dia bersorak macam baru lepas menang grammy award? Kalau ada pon sebab dia nak abis exam cepat kan. bukan pikir pasal tak sabar nak jawab exam tapi pikir pasal tempat mana nak pegi time holiday naty. very common situation.
Wujud ke orang bila seminggu lagi nak exam dia da rest kan otak? Gila lah.. kalau jumpa orang tu cakap aku kim salam. ;) Selalu nye masa tu lah baru nak bukak chapter 1 balek kan. buku teks tebal kamus dewan edisi tah ke berapa. waktu kemuncak orang bertungkus lumus nak study pergi library setiap ari padahal dah gelabah dah tu.
Wujud ke orang masa nak masuk dewan exam tiba-tiba pengsan sebab gelabah sangat. konon kalau pengsan boleh jawab paper sehari lepas exam boleh la dapat soalan bocor. Rasa-rasa nya tak berlaku lagi. yang 'cirit-birit' time exam ada lah. sekejap-sekejap pergi toilet pastu bukak nota ataupun mesej kawan.
Wujud ke orang bila time exam dia amek masa 10 minit keluar dewan untuk makan? Haha.. sapa yang buat tu aku solute abis la. gila COOL! tapi tak pernah dengar pon. yang selalu dengar bunyi perot nyanyi lagu saleha. ada la yang pergi makan tu tapi dorang keluar setengah jam or sejam sebelum tamat masa. yang ni hebat jugak. konon confident semua jawapan betul kecuali satu sbb tak tahan sangat perot minta di isi.
ini la situasi-situasi yang timbul sewaktu kita nak exam sebelum exam dan selepas exam. eh, yang tu belum lagi. okay, have fun jwb exam! :)




