Assalammualaikum..
Lama baru jumpa. da berapa minggu nak masuk bulan dah tak update-update blog. Alasan : tade idea lah.. blog aku ni mase mula-mula nak buat as a diary lah kan. tapi kalau tulis diary, orang laen tak boleh bace. setakat ni aku tak heboh-heboh kt orang sangat la yang aku ade blog melaen kan 18 orang yang ikot tu. so, boleh anggap as diary?? 50-50
Certain part aku post for pengetahuan am, another part from my own life experienced. so, terima atau tak terima je lah kay. :)
Hey readers,
Aku susah hati sangat. aku duduk, bergaul, tinggal semua dengan orang yang educated. tak semua actually but most of them!. 99% lah.. tapi aku macam tu jugak. bila aku dengar mereka bercerita perihal masa depan. aku dah mati akal. aku tengok masa depan aku macam aku bukak spect power 450 silau 70. bayang kan rabun dye macam mana. bukan aku tak boleh lihat. tapi samar-samar.
Bila mereka buka cerita hal anak masing-masing, satu-satu praised word keluar. boleh nampak kebanggaan di wajah mereka. tapi, bila sampai ke aku.. terasa hina. walaupun mereka diam tak kata apa-apa. aku boleh buat apa. duduk merenung jari kaki sambil bilang berapa lama lagi aku nak berubah?
Ade orang susah tapi cerdik akal. ada orang mewah tapi masih ade kepintaran. ada orang malas pun punya otak. tapi, bagi orang yang pernah susah, pernah mewah dan malas masih duduk bawah cengkerang. tak keluar-keluar tengok dunia maju. ape dye buat, kira batu tepi jalan kumpul sampai sejuta. haish. dalam sungguh... aku pon tak paham. hehe.
Sekejap bila aku rasa susah tu datang, aku sedar. bertapa pentingnya A+ dalam hidup. tapi, bila orang offer kesenangan, cepat je kita grab tak pikir 2 3 kali dah. macam mana lah nak berjaya kalau macam tu sikap nya. Ape aku boleh buat, aku kene sedar diri. bukan semua orang dikurniakan kepandaian dan specialization. Aku dilahir kan pun bukan dari ibu bapa yang super pintar. tapi dari keluarga yang punya kepintaran. dari situ aku rasa, aku masih punya kepintaran tapi belum di gilap. aku perlu kan kertas pasir. sebab otak aku ni da berkarat. hehe
Insyaallah mulai sekarang aku sedar diri. do support me okay! :)
Tips-tips untuk berjaya dalam hidup
1. Tenang - Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan. In other words. jangan terburu-buru membuat keputusan. :)
2. Berhemat - Sikap berhemat/jimat cermat jiwa selamat menjamin kesinambungan hidup yang lebih teratur berbanding dengan orang yang boros. Orang yang boros selalu ditimbuni hutang atau kesusahan. Especially, when it comes to SALES SEASON! ikat perot~~
3. Pandai Merancang - Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan. Utama kan cita-cita more than CINTA.
| | |
| Haha of coz this is wrong.. juz for sharing. |
4. Sentiasa ingin belajar - Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bilapun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan.
5. Suka memberi - Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita Seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita. :)
6. Tidak berlengah - Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga.
7. Personaliti cemerlang - Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah orang Tionghoa, " Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun."
8. Berpandangan jauh - Hal ini juga pernah diucapkan oleh Albert Einstein, "Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions." Imiginasi adalah segalanya.
9. Bersedarhana - "Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out." - Kejayaan adalah hasil dari tindakan-tindakan sederhana yang diulang terus-menerus setiap hari.
"Jangan berpuashati dengan keadaan baik yang ada pada anda sekarang melainkan anda telah berusaha keras untuk menjadikan yang baik itu menjadi lebih baik"