Pages

Thursday, March 31, 2011

Famous Amos ye..

  Assalammualaikum    

     Famous Amos la sangat. hee~ tapi kembang hidung kejap sbb org kate cookies aku sedap macam Famous Amos. thanx you all. ;)

It was my first time ever baking cookies. sebelum ni ade intention nak buat tapi disebab kan kengkangan yang berlaku tak dapat la. masa dulu if im not mistaken, my ibu pernah buat kuih tuk raya. tak ingat la kuih apa sebab masa tu kecik lagi. i pernah tanya ibu i tak buat kuih raya lagi ke asyik kuih telunjuk je then my ibu cakap oven da tade. thats why tak buat dah. but now, aku mulakan langkah nak buat cookies. actually i got ilham dari my few friends. sorang ni suke baking. pernah sekali dye bawak dalam dorm bagi kitorang rase. sedap! then, sorang lagi suke buat kerja perempuan which is memasak. so, pernah dye bagi aku rasa cookies dye buat. sedap jugak! yelah.. org mmg pandai buat. ape-ape aje sedap kan. so now, its my turn.. hee~

  Satu hati tu terasa nak buat cookies. asyik orang bagi je. pastu beli kat famous amos. sekarang, kat rumah pon boleh makan cookies. hee. i told my aunt nak buat cookies, aunty i pon terkejut la sblm ni ta pernah2 tapi dye nak join so, she agreed. :) kami pergi la beli bahan2 dye.. opss! sebelum terlupa, amik recipe dulu.. oke dah. its down there :


Chocolate chips cookies:

1 cup (2 sticks) (226 grams) unsaltedbutter,room temperature
3/4 cup (150 grams) granulated whitesugar
3/4 cup (160 grams) firmly packed light brownsugar
2 largeeggs
1 1/2 teaspoons purevanillaextract
2 1/4 cups (295 grams) all-purposeflour
1 teaspoonbaking soda


1/2 teaspoon salt
1 1/2 cups (270 grams) semisweet chocolate chips
1 cup (100 grams) walnuts or pecans, coarsely chopped (optional)




Sudah dapat recipe dye you all. ape lagi. rock the kitchen!. :)


1) First thing you all kene buat ialah preheat your oven to 370 degrees F (190 degrees C).
ade dulang? kalau tade harapan la nak buat. nak letak dekat mane kan..


2) Then get ready with all your bahan-bahan.. kalau aku buat, aku mesti siap2 kan bahan ikut susunan dulu then clear kan meja baru la uli..  like this ha..


ni sebelum nak ready ngn bahan-bahan. serabut kan.

tada! ini lah bahan-bahan dye.

3) Allright, after that ambil your electric mixer ( hand mixer pon oke. aku gune hand mixer) put butter first. da sukat kan. i've got my butter for 227g but in the recipe stated just 226g kan. isoke jee.. lebih sikit je pon. Then, lepas da nampak creamy sikit put brown sugar. oke, i dont used white sugar cause white sugar ni manis dye lebih siket. brown sugar tak so, i switch white to brown sugar. if you plus their measure it will be 310g kan. then, masuk je la. sampai dye fluffy and continue with the eggs. beat them really neatly so tade yang tak sekata. Lastly put vanilla extract.


4) On the other side. the flour ( wholemeal flour also can) you can combine with the salt and baking soda. then campur sekali dengan dry ingredient tadi. beat until incorporated. lepastu masuk kan chocolate chips ( i use Hershey) and nuts about half way through mixing. kalau you all rasa dough you all soft sangat ke, masuk kan dalam fridge selama half n hour to 2 hours. i masuk kan dalam fridge 30 minutes je. asal kan dye boleh uli and form into a ball da oke da..


5) Lepastu aku uli2 bentuk kan jadi bola kecik then place it on the baking sheet. kalau nak bentuk dye sekata je tanak ade besa kecik besa kecik, you all guna lah ice cream scoop. then bake about 10-14 munites. kalau nak rupa dye cantik tak hangus, focus at the time. jgn terlebih sangat. tapi jangan kurang dari sepuluh or else dye jd cam ta masak kat tengah2. believe me i'd done that. huhu.


6) Done! ape lagi. makan laa.. sure terasa macam famous amos. after this tayah la nak pegi wangsa walk beli famous amos. hahaha. talking to myself. lol. nak tao rupe dye camne.. oke, i've prepared some pictures for you all. please ur self.







cyaa~ 

Saturday, March 26, 2011

lepaskan aku...



Mulai saat ini...
Aku kan ubah pendirian,
Walau ramai akhir sendirian,

Jangan difikir pasal aku...
Teruskan saja dengan hidupmu,
Maki hamun deras sudah tentu,

Pasangan tak sentiasa indah...
Mesti ada perang yang kau redah,
Aku waki hati takkan rebah,

Ku tak mahu beterus terang...
Risaukan kemuncak amarah ku,
Maki hamun deras sudah tentu...

Lepaskan aku,
Lupakan aku,
Aku hanya ingin sendirian,
Tak pernah ku rasakan,
Atas nama tekanan,
Tak pernah ku rasakan,
Atas nama tekanan...

*okay..sounds like are you having a problem cik qistina?.. haha.. no lahh.. tadi pas usha2 vlog inianwarhadi, shortnap by maria elena n matluthfi90 (bez gilerr n klaka doehh.. u better watch they out) terjumpe video lepaskan aku by hujan.. mcm best so upload la untuk tontonan umum. padahal bru tau lagu nih wujud.. *ta mnt sgt punn* heee~ k, sekian... peace!

Thursday, March 24, 2011

Beza Suka Dan Cinta

Assalammualaikum.

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Beza Suka Dan Cinta
---------------------------------------------------------------------

Cinta, Sayang, Minat Dan Suka



Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

----------------------------------------------------------------------

Dimanakah Cinta...??!


MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.




Surat tersebut berbunyi begini:




“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”


Tuesday, March 22, 2011

BIrthday-Girl mandi tepung ngn air !

Assalammualaikum.

Ouhh.. ta tao nak mula dari mana.. kita buat kronologi la ehh.. :)

Birthday Fatin Athira : 16/3/1991(rabu)

Day 1 (jumaat)
  Naz message "jom celebrate birthday mak, bg lah idea macam mana"

Day 2 (isnin)
  Belum ade plan pape lagi.. hari tu keluar dengan shakir ngn naz pegi WW makan subway. fikir mase tu nak beli sekali hadiah mak tapi ta tao nak beli ape naz kate 'jom buat video!' sounds interesting, kami pun setuju.. balek je tak gitao pon mak kami keluar. sebab kami tak ajak dye. tapi kantoi jugak dye dapat tao dari cakirr hacim. dari situ dye nyatakan yang hari ni hari malang dye. (bkn sbb kami ta ajk dye kuar tp ade lg yang buat malang)

Day 3 (selase)
  Kelas berjalan seperti biasa. sampai pukul 3.30pm. tapi petang ni aku ngn naz da plan nak jumpe mereka yg laen. nak bincang pasal plan nk kene kan mak. sebelum tu abis kls ptg jumpe arisah kejap nak rakam video dye buat ucapan. pastu pegi cafe nusaibah jumpe yg laen. nuraini, hana, darina, nazoo ngn naz. dr kelas pg sampai petang aku tak jejak bilek pon. naseb cuti* kan. kami bincang2 kecoh giler. dengan gelak tawa, karut marut, simpang nyimpang. macam2 la. yang plan nye 10 mnt je. byk gak wat siri ulangan. aduh hana. hahaha. lawak je. kami bincang sampai pkul 7.15pm. pastu balek bilek sempat tukar baju, seluar, tudung, kasut, grab beg pegi training. fuh, dr pagi smpai petang mmg tak rest la. tp tak kesah. teruja punye pasal. huhu.

Malam tu aku balek training pukul 11 lebih. teringat la nak wish mak malam tu. tapi terlelap. sory mak! :9

Day 4 (rabu)
  Pagi ni kelas pukul 8.30am. kami bertiga kelas sama. hari ni birthday mak! aku fikir nak wish pagi ni sebab malam tadi lupa nak wish kan. tapi tak terwish. so, buat dunno je la. kalau naz da wish tape la aku tak wish. tapi rupe-rupenye... naz pun tak wish! aduh naz. bila mak dah pegi kelas fiqh dye kami dah gelabah sebab kalau kami berdua tak wish naty mesti mak syak kami ade buat birthday surprise tuk dye naty. so, nak cover malam ni punye plan. kami pun keluar la ngn syakira amira pegi mcd yg mak pesan n beli cake tuk mak. selesai mcd kami pegi giant btu cave. kami plan last minute beli a slice cake tuk mak n celebrate tga ari ni je. kire celebrate kecil-kecilan je la tuk dye tuk cover mlm ni punye surprise. then balek uia. konon aku tak ikot diorg, aku pegi dulu dekat cafe econs kate la aku dari general lab. time tu mak dengan cakir. dekat stgh jam la gak mak tggu. seb cakir ade. past few minutes, naz ngn shakira pun sampai bwk breakfast mcd n cake secret recipe. konon nk smbut tga ari tu kami pun saip la nyalakan lilin n nyanyi birthday song. seb tak ramai org time tu. tyme tu mak da terharu dahh.. huhu. kire mission pg tu accomplished! tp mak tetap nk label kan ari tu ari malang dye. sbb nuraini tak dpt dtg. arisha pun dtg last mnt.









Seterusnye, naz ajak mak kua mkn mlm ni. dengan syakira amira je. sebab yang laen busy. aku konon balek umah la. arisha ade kuiz, nuraini ade exam. petang tu aku kire da balek umah tp berdengkur dalam bilek. huhu. tepat kul 8mlm je aku msg nazoo ngn naz turun tlg isi kan air dalam belon. yea, plan kami nak baling tepung ngn belon air kat mak. seronok kan? kami isi ade la dalam 30 lebih balon muat kan dalam 2 baldi. macam budak2 pun ade. tah ape jadah la keje korg nih.. huhu. pastu nazoo pulak kol dominos piza. pesan 3 large and 3 regular air coke and sprite. byk kan.. memang la tuk 14 org makan. :) cake dah siap. balon dah. tepung dah. tunggu orang je. nuraini bawak kerete. keluar je dari dewan exam terus dye pecut pegi amek atikah, mee ngn hana. syakira pulak amek arisha ngn darina. aku, nazo n naz ngn yana ta tao nak tmpang sape dgn nk bwk 2 baldi balon air n piza 6 bijik. huhu. last2 syakira amek kami. tyme tu pukul 9.30 da. plan nak kene kan mak 9.30 tapi trpkse anjak kan pkul 10mlm. 

Kami plan nak buat kat tapak parking aikol yang lapang tu. tapi bile sampai kt tmpt kejadian, ape yg kami da plan mcm tak kena. fikir punye fikir akhirnye dapat gak solution. nk carik solution tu sampai trjerit2 la sorg tak denga cakap la sorg ade kerenah la sorg borak bnde laen la. tp bese da semua tu aku la jadi problem solver. haha. idung tinggi siket. last2 bile semua dah tenang, kami pun mulakan misi. 

Misi dye macam ni. kami plan nak nyorok ramai2 kat parking lot aikol tu dengan tangan pegang tepung n balon air. tyme tu syakira, naz ngn mak nak keluar makan la konon nye. syakira bwk la dorg pegi ikot jln aikol yg gelap tu. tibe2 kerete syakira rosak, kononye la. shakira da gelabah. dye pon nak kol bapak dye. tp senanye dye kol aku kire da boleh start la. aku pon serba salah nk start ke tak sebab mak tak kua krete lagi. tapi lantak la cmne kan. kami pun buat la surprise dari belakang kereta, nyanyi kuat2. tyme tu tgn kt blkg masing2 ade tepung ngn balon air. mak perasan terus keluar kereta mmg tak expect ape2 kan. baru nak rasa terharu, selesai nyanyi kami pun baling la segala bnde kat mak. huhu. dye mmg kene abis sbb dye tade ape nk balas. kire pasrah je la. kami pun mulakan la pertempuran. sangat seronok. abis je mak pun tiup lilin naseb tak maen colek cake. hee. bentang kan tikar letak semua barang makanan kami pun duduk. tyme tu masing2 nak cerita kisah2 perancangan birthday mak ni. dah rase tempat tu kitorg yang punye. huhu.

Makan pun nak kecoh korang. sblm nak balek esah ngn sasa datang. esah drive. nak kate birthday present tok mak la sbb dorg da lame tak jmpe. pastu. abis da makan, aku tengok dalam baldi ade tepung lagi. hehe. ape lg serang la mereke2. aim budak2 yg lahir bulan march jugak tak kire la da lps ke belum. masing2 lari bertempiaran. paling tak tinggal aku lah. tah dr mane mak tibe2 datang baling tepung straight ke muka aku. fuh!! makan tepung la kau malam tu. seb cntc lens tak rosak. muke cm opera cine da. haha. abis je tepung kami balek lah. tak tao ape jd kt tmpt tu bile siang hari. haha. malam tu tido dengan kemanisan memori yg jarang dapat. :)


















HAPPY BIRTHDAY TO YOU
FATIN ATHIRA BINTI MOHD IBRAHIM
SEMOGA PANJANG UMUR,
GEMBIRA SELALU,
SENYUM SELALU,
BAHAGIA SELALU,


GOODLUCK FINAL EXAM!
I LOVE YOU FOREVER N EVER
MUAAHH!! <3
CHILL! :D


k to you all, sweet dreams! 

         

Thursday, March 17, 2011

cakap sikit-sikit, hati saket-saket.

Assalamualaikum, 

mukadimah yang pertama selepas dah lame tak update blog.
tade benda pun nak cerita
cuma nak beritahu dekat hati ni
yang separuh hati dye yang dah bagi kat orang tu terasa saket
tade la saket sangat
tapi tercalar la ciket
nak cakap siket-siket je

dia dapat pengganti 7/April/2010
selepas berpisah 4/March/2010
kenapa no 7 tu jugak kau ambil? -.-

aku dapat pengganti?
tak tahu lah
aku tak dapat carik pengganti sebab separuh hati aku masih pada dia.
:)