Pages

Monday, February 28, 2011

i lost my heart's key..

Bila soda bercampur susu = burst!.. :(


Todays entry is about me.. yes me, Ms. Miszq.. umur 19 tahun bln 7 msuk 20 tahun.. tinggal dekat seremban..belajar dekat IIUM,gombak.. seorang yang suka buat orang saket hati, terasa hati, benci, nyampah, nyesal, etc..etc..etc.. tapi ade aku kesah dengan siapa aku saket kan hati? dengan siapa aku di benci? dengan siapa aku kecewa kan hati? ade aku kesah ke.... ?

  Ye, aku memang kesah. sebab tu aku mintak maaf sebab aku tak sedar kesilapan aku tu mengundang kebencian orang terhadap aku..
Soalnya, dengan siapa??

Ms.Miszq ; seorang yang suka mengecewa kan orang..

 Kekecewaan adalah satu perasaan yang sangat memeritkan.. bila dah kecewa hati terasa tawar, masin, payau, masam, pahit, etc..etc..etc.. tapi, ade aku perasan hati orang tu tawar?

  Ye, aku perasan.. sebab tiap kali aku lawat muka buku dia aku nampak ape dia rasa.. tapi, aku nak buat macam mana?? cuba beritahu? aku sendiri tak tahu ape patut aku lakukan.. perasaan aku sendiri bercampur seperti soda dan susu.

Ms.Miszq ; seorang yang susah menerima orang..

 bila kita menyukai seseorang perasaan tu sangat murni.. bahagia.. gembira.. tapi perasaan tu lah aku da lama tak rasa.. sebab aku kehilangan kunci pintu hati aku sendiri.. aku tak dapat buka. tak dapat masuk pun macam mana aku nak pelawa orang masuk? tak kesian kah pada orang tu untuk berada dalam hati ku walau seinci?

  Jangan! aku tak terima.. bukan kesian tapi keikhlasan.. aku bukan terima seseorang tu kerana kesian.. tapi kejujuran hati aku sendiri menyayangi orang tu.. jangan paksa aku.. aku tanak kerana kesian..

Ms.Miszq ; seorang yang berhati keras..

keras sebagai pelindung.. ade orang kata jaga hati aku dengan sebaek-baek nya.. sebab itu aku bagi pelidung.. sampai kan aku dah tak boleh nak go thru.. sampai aku tersekat untuk menyayangi orang tu.. agaknye trlalu banyak gam gajah.. -.- aku pun lupa aku dah taruk berapa tong..
sekeras-keras hati aku, ade pelembut..


sorry again. i can't force myself for loving you cause i also don't know how much love i left.. 

Wednesday, February 16, 2011

Terseksa

Boleh ke aku megeluh? jangan! saket itu penghapus dosa..

Sungguh aku tak selesa dengan keadaan sekarang.
batuk dan selesema setia menjadi peneman
perlu ke aku letak racun dalam minuman ku
bia aku rasa tenang selepas meminumnya


tapi kesihatan bukan sahaja alasan sedangkan hati.
hati aku juga saket?
jangan biakan dia merasa kesakitan
sebab aku tiada peawarnaya.




aku seperti berada di dalam sangkar
di mana aku di seksa dan di asak dengan pelbagai keadaan
tak boleh kah mulut atau fikiran aku di kunci
jangan bercakap perkara yang melemaskan setiap hari.


boleh saja aku tidur
selama mana aku mahu
supaya pagi esok aku buka mata
dengan pelangi yang aku cari muncul sendiri.


tidak perlu aku menjawab soalan para hakim
yang menanya kan perkara yang tiada jawapan nya
dan beri kan aku sayap
supaya aku bebas terbang ke mana jua.


jangan kan kamu datang
berhari-hari ke pintu rumah ku
bercakap pasal hari kebahagian mu bersama ku
kerna aku takut kamu akan selamanya berada diluar sana
↲ wahai sang pria.
misqme: maaf kan aku..

Saturday, February 12, 2011

menangis dalam senyuman

  SSHHHhhh.... silent!! Please press the play button below and hear to this song first.~~


jiwang bukan? permulaan pun dah agak mushy dengan lirik dan music dia lagi. tapi lagu ni la yang saya suka dulu, lagu ni la saya selalu bawak tidur, lagu ni la yang saya hafal dan boleh ikut nyanyi bersama, lagu ni yang first time dengar saya menitis kan air mata, lagu ni la bila tiap kali saya dengar jiwa saya tersentuh, dan lagu ni juga adalah pemberian dari seseorang.


lagu ni bagi banyak makna dari lagu-lagu lain yang dia beri. lagu ni adalah love confession dari dia. sentuh sikit pasal lagu ni. (aku da boleh cerita sebab hati aku tabah sekarang (: ) tiba-tiba teringat lagu ni tu yang carik sekali dapat.sampai nak buat entry kan. tade benda nak post buat la pasal ni. hee. jiwang sangat ke? ;p


kalau korang dengar sekali mesti (erkk?? dengan buat muka 0.o) terasa yang lagu ni trsangat la jiwang bagi sapa-sapa yang kepala hangguk-hangguk tu la. (rockers,hardcore) hehe. tapi bagi saya yang JIWANG ni.. tade la jiwang sangat. lagu ni boleh tahan la.. ape pulak ta boleh tahan, orang da bagi hati mesti la berbunga hati tu macam nak lompat2 guling2 je.. kan.. heee.. actually, nape saya kata lagu ni love confession dari dia? sebab last day kat sekolah dia da bagi da tajuk lagu ni kat saya. dia suruh dengar kat rumah. -pandai dia eh, tanak bagi saya nampak muka yang kemerah-merahan mcm bontot udang la tu- heee.. okay,berbalik pada cite. balik rumah, saya simpan dulu tajuk lagu ni. saya pun ta tahu bentuk lagu ni macam mana kan. dia dah bising da nape tak carik lagi lagu tu. okay saya carik.


first click keluar la Romance-Ku ingin kamu. okay,fine.. tgk tajuk pun korang da paham kan. hehe. -pandai dia carik- ;p  Play! korang boleh dengar sendiri lagu dia macam mana kan. 1st bridge je saya da menitis kan air mata. tapi kira syok sendiri la. haha. engat konon dia yang nyanyi. ceh -.-' heheh.. tapi sampai korus lagi lebat.. heee~ ta mau cakap panjang la.. lirik dia buat saya tersentuh. buat saya rasa saya tak bertepuk sebelah tangan. terasa dia ada depan saya dan luah kan benda tu semua. ape yang saya tahu saya menangis dalam senyuman. gembira akhirnya orang yang saya mahu kan da berada dalam genggaman. :)
okay, musye

so, how you feel?

he Romance - Kuingin Kamu

Powered by mp3skull.com


miszqisme: lagu ni da lame tinggal kenangan sebab orang dia pun da trkubur dalam memori lama. cheese~

Tuesday, February 8, 2011

Kek coklat tanda minta maaf

   Oke, saya maafkan. sebab kek tu sedap. berlemak. dan trase nak nyanyi..
 'ini cokelat celup! celup! celup!' :D
                                                        sampai saya lupa nak cakap terima kasih.

TERIMA KASIH AWAK!

nmpk je selekeh tp sedap!
belum cuba lum tao! :P

      Tupperware mahal tu saya dah basuh sebab isi dye dah abis kene makan.. so, say thank you to me..heee~ laku gak saya jaja merata dunia sampai orang mintak resepi la.. hee~ (tipu je)


memyself : sebenarnya nak try upload gamba dr fon.. hehe
       

Monday, February 7, 2011

Aku Kahwin.

   Kenapa isu pasal kawen ni sedang hangat diperkatakan? rata-rata yang bercakap pasal kawen bukan orang yang berumur 25, 30 tahun yang memang sudah wajib untuk kawen tapi ia dari kalangan remaja yang baru nak jejak ke alam 20-an.

   Soal kawen ni mereka bercakap seolah-olah perkara biasa ataupun perkara yang perlu di risau kan pada umur mereka sekarang. saya pergi sana cerita pasal kawen, saya pergi sini cerita pasal calon suami/isteri, saya pergi situ cerita pasal kecomelan anak-anak. saya dah tak tahu nak pergi mana lagi. akhirnye saya pun terjerumus dalam isu hangat ni. sampai kan terbawa- bawa dalam mimpi. :P

   Cerita pasal mimpi, saya tak tahu sistem kawen ape saya pakai tapi saya kena kawen 'terpaksa'. bukan terpaksa sebab dipaksa oleh orang. tapi trpaksa sebab tarikh saya kawen telah ditetapkan dan saya kena juga carik calon suami untuk dinikah kan. semakin hari semakin hampir dengan tarikh nikah tu buat kan saya lebih gelisah. kalau pilih yang ini terjamin ke masa depan saya? kalau pilih yang itu, adakah dia akan jaga saya selama-lamanya? semua tu menjadi tanda tanya saya sampai la saya buat keputusan batal kan saja pernikahan itu. hehehe. tapi, semua itu mimpi! :D  (fuhh lega~)

    Saya pun bercakap pasal kawen sebab minggu lepas saya baru hadir ke majlis kawen kawan saya yang sama umur dengan saya. dia dah lama bernikah tapi baru nak bersanding. jejak je dalam dewan pusat dakwah  tu dah terasa bahang dia. macam saya plak nak kawen. :P pelamin dia cantik! pengantin pun cantik!
umur 20 tahun dah kawen. saya 20 tahun pun tada calon lagi. hee~


si pengantin lelaki kawan saya :P
    Sehari sebelum kenduri ni berlangsung, saya ade hadir ke majlis akad nikah di masjid paroi jaya. majlis akad nikah ni pasangan pengantin lain. mereka masing2 dah berumur 25 ke atas memang wajar la untuk bernikah. saya duduk di belakang pengantin perempuan yang bakal menjadi isteri. setiap lafaz kata tok kadi itu saya dengar dengan teliti macam saya yang benikah. hehe. tapi tu kali pertama saya hadir ke majlis akad nikah. jangan gelak kan saya sebab saya memang nervous habis. hehe :D


   Sebelum-sebelum ni ada juga kawan saya yang sama baya dengan saya bernikah. tapi dia benikah lagi awal masa kami berumur 18 tahun lagi. ta silap 2 tahun lepas. tapi tak dapat hadir ke majlis kawen dia sebab ada masalah tertentu dan sekarang sudah mempunyai cahaya mata pertama. dengar khabar akan datang lagi satu july ni. semoga berbahagia maya! lahir kan anak2 comel ! :D


rihana :)
    Sudah! cukup lah saya bercakap pasal kawen minggu lepas. minggu ni bercakap pasal peperiksaan saja. tada lagi mimpi2 mengarut tu. saya masih 20 dan belum pun mencecah 20 sehingga la bulan july ni. jangan gelisah sangat jodoh kamu tetap akan sampai. bukan sekarang tapi masa akan datang. oke. c ya! :)

Friday, February 4, 2011

Girls Out !

Assalamualaikum.

 Okey, nak start dari mane pun saya ta tahu dah.. sebab kalau nak cerita kena jumpa face to face boleh tengok sekali expression muka saya bila bercerita syok ke tak. hehe. tapi kalau nak jumpe tu memang tak dapat la kan. by time nk jumpe je cerita da basi. hehe. 
 
  Whateve la. nak cerita jugak! tapi tanak speaking eh naty ayat kelakar. hehe. cerita ni semalam punye cerita la.tapi ta sempat nak tulis semalam sebab ibunda tercinta tengah gune tengok cerita kejora. hehe.

  Before pergi pening gak la kepala saya ni sebab nak deal ngan budak2 lain siapa yang pergi, siapa yang tak dapat pergi. last2 dari bajet berbelas2 orang terus jadi 7 orang tolak 2 orang yang sesat (adik saya ngn adik farah) masing2 pulak tu duduk jauh2. sorang pd, sorang putrajaya. tempat destinasi nye pon jauh. haha.. naseb korang la suruh lagy aku yang plan kan da jauh tapi bez kan.. ngaku sekarang!

  Bertolak pukul 10 pagi la kononnye tapi alih2 kul 11 gak. tren pon lembab macam kura-kura.-.- otw dalam tren 1st station boleh tahan lagi berapa kerat je orang bila sampai je Nilai, dasat sungguh. bratur nk beli tiket pon da pnjg smapai ke 7E. ni kan pulak yang beratur nak masuk tren. tu laen cerita. ceritanye ni mak nak marah ni. "KOC WANITA" bole bace kan. tapi yang si JANTAN tu nak masuk jugak ape pasal? korang kekeliruan jantina ke?dah jadi koc unisex plak. same je cm koc biasa. nak kate ta reti bace, gamba dah ade. gamba perempuan terang2 lagi. anoyying betol kalau laki tak paham bahasa.

  Dia bg priority untuk perempuan sahaja ada sebab contoh nye macam aritu sorang kawan da kena raba bawah dan atas. lelaki mana reti malu. bodo tak bertempat. rasa nak tendang anu dia padan muka. pastu semalam nyaris adik kena duduk dengan mamat bangla. ketiak pulak tak boleh nak tengit lagi. haish, kalau tulis satu enty ni maunye ta abis saya bercerita. oke. stop! akan ada entry psl laki bengap ni aftr this.

   Aku tanak letak gamba dalam ni sebab kalau letak korg tgk gamba je ta bce post aku kann.. lagi korg ikot cerita ni lagi banyak gamba yang kitorang tangkap sepanjang pejalanan tu. :) sampai KL sentral saya la yang kire leader sebab dah pernah pergi sana dulu. mula-mula nak amek tren pergi subang jaya tapi syud kata amek je lah bas mesti ada. so, carik la bas. sambil tunggu bas duduk la bawah khemah org kawen bak kata kawan.

   Naek bas je da mula buat bising. Oke, saya rasa bas tu syarikat ayah kami punya. kami je boleh bersuara orang lain senyap! hahah. which means kami kecoh giler, rasenye semua dalam bas tu da updated da ngn cerita kami. buat malu sekolah je la weh.

  Tepat pukul 2 PM kami sampai Sunway Pyramid. masuk2 je dah tangkap gambar. haish, korang ni.giler camera betol trmasuk la saya. hehe. perot masing2 dah bunyi. tapi tade initiative nak carik tempat makan, yang lebih nye tangkap gamba je keje. last2 sesat sendiri. round punye round jumpe la area fast food then kami pilih chicken rice shop then click*. Lepas makan kami cari surau, solat then jumpa farah ngan adik dia. mereka pulak belum makan teman lah kejap mase tu dalam pukul 4 la. teman je ape lagi click* la. mase tu pikir punye pikir nak buat ape lah. nak pergi indoor ke outdoor? at last, kami decide main ice skate sebab jauh2 datang ta main rugi.

   Seronok! sangat.. sampai tergelincir la men skate tapi bukan JATUH eh.. laen maksud dia eh. okee, da pukul 7 PM, kami masih di situ.. masing-masing telefon ibubapa bgtao balek lambat ciket naseb ibubapa sporting. mereka tao sunway tu bukan nye dekat kan.kan. hehe.. sebenarnye suke sebab tak kena marah. lagpun sebab bawak adik yg sebok ni kalau ade dia ibu kasi je lepas. ta tahu la nape.

    Keluar je dari Sunway hujan lebat giler. tapi kami redah je. naek bas, pergi mid valley sampai sana naek ktm ke seremban. alhamdulillah tada halangan nak balek tu. ktm pun ta penuh tade buat dosa mencarut ta tentu pasal kan.. hehe. sampai rumah pukul 10.30pm terbaek la qistina! awak tu bukan selalu keluar malam bila da duduk rumah.

ini blog saya, saya punya suka. :)

Tuesday, February 1, 2011

Assaa!!

Mesti korang pelik kan apelah assaa tu.. pelik2 je name title yg kau letak kat post kau ni.. hehe.. actually assa in korean language is mean as Jackpot! kamu dapat/buat sesuatu yang menggembira kan hati kamu.  Assaa!! :D


  Actually there was a story behind this words. banyak makna. banyak maksud. tapi yang paling utama, saya balek SEREMBAN!! yahooooooo!!! aiseyh menn,, yang tu ke jackpot nye.? haha. mestilah la labi. sebab saya dah lame tak balek seremban tao, dulu kat nilai selalu balek ta kesah sangat. bile 3 minggu tak balek baru trase rindu. tapi bila dah dekat gombak, sebulan lebih tak balek memang rindu gilerr tahap gaban... sebulan wey, kalau da kawen tak balek uma mertua selama sebulan mau nye dye suruh ceraikan .. hahaha evil sungguh*



  Malam ni saya berada di atas katil yang dulu slalu buat homework yang tertangguh, guling2 like hell, posing maut..dan etc. heheh. banyak betul sejarah atas katil. oke, next jackpot! when i gotttttt newwww phone!! Asssaa!!~~ :DD saya tanak la cakap jenis ape, brand ape, sebab phone saya tak macam kamu kamu yang canggih2 tu.. jadi saya low profile saya serta kan gamba je lah.. hehe..







  Ouch!! Pink la plakk.. da same ngan page saya ni yang macam girls giler obsess ngn pink.. adoi. saya pulak giler obsess ngn purple.. hahah.. lantak la.. nk carik purple payah kemain. jumpe pink pon jadi la.. tapi biler 1st day nk dapat phone ni biler dapat tao ade pink je yukkssss.. girlish nyee!! tapi bile lame2 pakai oke whut?? saya pon girlish kan.. hehe.. tape, after this, kite p carik baju purple eh yunk! :D



Check this out!

hey, readers!

saya sudah tukar wajah baru! suke tak? hahaha .. agak childish ciket tapi saya suke... comel macam saya.
oke prasan! :')

actually saya nak buat sumting different yang cam superb lahhh.. tapi buat punye buat macam hampeh! last2 give up and gune template yang sedia ade. heeee~ but it still turn out nice kann.. cakap ye! kalo tak tembak kunk! :P

im not very rajin to updated my blog.. kadang2 tu ade je mase tapi sebab ta tao nak tulis ape tak update la. sumtimes saya belek je blog saya bace balek ape yang saya tulis and bukak blog member update they all punye story. tapi sendiri punye story tak update. haha.. kan da cakap saya ta reti story!!.

saya penah kene sound dengan member dye kate post saya panjang sangat malas nak bace.? panjang sangat ke?? tulah bile dah ade story nak cerita terlebih panjang pulak. ta tao nak tulis pendek macam mana. kalau tulis panjang ade semangat nak menulis. kalau tulis pendek2 rase macam tulis notes 'saya keluar pegi rumah kawan' pastu lekat dekat peti ais. :)

sory to my readers yang rase tak syok bace blog saya yang tah pape ni kan boley lah blah tapi sape suke saya blanje askem nak??! :P tapi, ini saya punye blog jadi saya punya suke. cheers!