Pages

Saturday, November 13, 2010

Puasa Arafah



Hye viewers,

Saya nak berkongsi sikit pasal puasa arafah nih. saya tahu mesti ada yang tahu mengenai ini. tapi saya nak agitahu juga. guna 'saya' takpe kan. sopan sikit. hee~ okay, saya pernah dengar pasal puasa arafah ni tapi tak praktik kan dalam kehidupan seharian je. anty saya ade pesan untuk puasa arafah pada 15 November ni bersamaan 9 Dzulhijjah. kenapa kena puasa? ni saya nak share kenapa. 

---------------------------------------------------------------------------------------


Puasa Arafah ialah puasa sunat bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Advantage bagi puasa ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: 

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim) 


Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

 Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)


 Bagaimanpon disunatkan untuk berpuasa pada hari 8 Dzulhijjah, awal dan 9 Dzulhijjah sebagai langkah berhati-hati kerana pada hari ke 8 Dzulhijjah adalah hari yang ke 9(Hari Arafah) Dzulhijjah. Dan juga di sunatkan untuk berpuasa 8 hari bermula dari hari pertama bulan Dzulhijjah sampai hari yang ke-8 samaada untuk orang yang mengerjakan haji atau orang yang tidak mengerjakan haji. bersama-sama hari arafah. 

Dosa apa yang dihapus?

Apakah dosa-dosa yang dihapuskan itu meliputi semua dosa, dosa kecil atau dosa besar? Atau hanya dosa kecil saja? Dalam masalah ini para ulama berselisih.

Sebagian ulama, termasuk Ibnu Hazm rahimahullah, berpendapat sebagaimana zhahir hadits. Bahwa semua dosa terhapuskan, baik dosa besar, atau dosa kecil.

Namun jumhur ulama, termasuk Imam Ibnu Abdil Barr, Imam Ibnu Rajab, berpendapat bahwa dosa-dosa yang terhapus dengan amal-amal shalih, seperti wudhu', shalat, shadaqah, puasa, dan lainnya, termasuk puasa Arafah ini, hanyalah dosa-dosa kecil.

Dosa-dosa besar tidak terhapus kecuali dengan bertobat darinya atau hukuman pada dosa tersebut. Baik hukuman itu ditentukan oleh syariat, yang berupa hudud dan ta'zir atau hukuman dengan takdir Allah, yang berupa musibah, penyakit, dan lainnya.

Jadi marilah kite sama-sama berpuasa pada isnin depan( 15 November bersamaan 9 Dzulhijjah) untuk mendapat keberkatan dari Allah swt. sesungguhnya kalau kita berpuasa pada 1 hari ini sahaja akan membuatkan dosa-dosa kecil kite terhapus. 


No comments:

Post a Comment